[VIDEO] ‘Terima kasih rakyat Malaysia meriahkan Thailand’

2 hours ago 3

PETALING JAYA – Pengguna media sosial dalam kalangan penduduk Thailand gembira dan mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang memeriahkan kawasan pelancongan di negara tersebut.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok, Gentledan Danialz memperlihatkan orang ramai kebanyakannya rakyat Malaysia membanjiri satu tempat tumpuan pelancong di Hatyai.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia,” katanya di ruang kapsyen.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk rakyat Thailand yang mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia di negara mereka.

“Terima kasih Perdana Menteri Malaysia untuk cuti ini, bantu tambahkan jutaan pendapatan kepada Thailand,” kata seorang pengguna TikTok warga Thailand.

“Selamat datang ke Hatyai. Ini adalah rumah anda, kita sama-sama keluarga, kami adalah penduduk Hatyai,” komen seorang lagi rakyat Thailand.

Malah rakyat Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada Thailand atas penerimaan pelancong ke negara mereka.

“Terima kasih Thailand, rakyat dan negaranya baik,” komen @Zack.

“Thailand memang best, tempat perkhemahan dekat kampung pun setaraf hotel,” kata @Acapp. – KOSMO! ONLINE

@gentledann Thank u all malaysian สัปดาห์มาเล 🇲🇾#malaysia #hatyai #leegardenhatyaiwalkingstreet ♬ เสียงต้นฉบับ – ดีเลย์ทูซี
Read Entire Article
Pertanian | | | |