PETALING JAYA – Keluarga kepada Fatin Syazwani Ishak yang sebelum ini ditahan polis, telah dibebaskan sekitar pukul 7 malam tadi.
Menurut perkongsian mahdalinahdamsir di Threads, ibu bapa serta abang dan adik kepada Fatin telah keluar dari balai polis dalam keadaan keletihan, namun syukur mereka kini kembali bersama keluarga.
“Katanya kejap lagi adik dia akan buat live di platform TikTok. So (jadi) korang nak tahu korang masuk la ek. Semoga dipermudah urusan keluarga Fatin. Sedih tengok muka mak dan ayah dia keluar balai tadi nampak penat letih.
“Entah apa la yang mak dia fikir waktu kat dalam malam tadi. Ibu mana yang tak sedih kan,” tulis wanita itu.
Status terkini seorang pengguna Threads memaklumkan keluarga Fatin Syazwani dibebaskan polis pukul 7 malam tadi.Media sebelum ini melaporkan Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman membuat laporan di Balai Polis Klang selepas mendakwa diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah.
Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul dan menyerang seorang pempengaruh dan usahawan Prince Syed.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan KamalAriffin Aman Shah berkata, penahanan kesemua suspek berusia 22 hingga 59 tahun dilakukan semalam susulan laporan diterima daripada pengadu berusia 33 tahun.
Suspek dikatakan memukul kepala pempengaruh itu beberapa kali menggunakan topi keledar dan menumbuknya pada bahagian wajah.
Selain itu, suspek didakwa mencakar tangan Prince Syed sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
4

















































