‘Tolonglah report, nenek ini mengaji dari pagi sampai malam’

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Ramai meluahkan rasa simpati terhadap seorang nenek dipercayai warga Indonesia yang didakwa dipaksa mengaji secara berterusan di siaran langsung TikTok, baru-baru ini.

Menerusi hantaran pengguna Threads, ramai meminta nenek berkenaan untuk berhenti membuat siaran langsung selepas melihat keadaannya yang kepenatan.

“Tolonglah report (laporkan) akaun ini, kasihan sangat pada nenek ini. Selalu lalu FYP (For You Page) aku yang nenek ini mengaji Al-quran dari pagi ke malam dan malam ke pagi.

“Tadi dengar ada suara bisik-bisik. Nenek ini macam tak rehat dan tak cukup tidur. Kalau di Malaysia sudah lama aku cari, ini di Indonesia,” katanya.

Dalam hantaran sama, seorang pengguna turut berkongsi nenek tersebut dipercayai melakukan siaran langsung selama empat jam untuk satu hari antara pukul 6.40 pagi sehingga 7.47 pagi manakala 10.17 malam sehingga 12.18 tengah malam.

Sementara itu, seorang pengguna Threads warga Indonesia @Molly_kr, turut berang dengan tindakan meraih simpati untuk menjana pendapatan melalui siaran langsung.

“Sebelum ini, mandi lumpur dan berendam di live (siaran langsung) sudah di banned (sekat) oleh TikTok. Sekarang ada teknik baru pula.

“Sebagai warga Indonesia, saya sendiri geram tengok kes macam ini. Tapi boleh jadi di sebalik layar, dua-dua sudah sepakat untuk bahagi hasil gift (duit) nanti,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan tersebut yang seolah-olah memaksa golongan warga emas demi menjana pendapatan.

“Negara sebelah memang suka buat orang-orang tua kena paksa. Pernah komen di satu siaran langsung mereka sebab ada seorang lelaki paksa nenek buat cabaran untuk siaran langsung. Akhirnya mereka block (sekat) saya,” komen @Babykidspalace.

“Tak salah cari rezeki cara ini. Tapi perlu kerja lebih masa. Nenek sudah tua, sepatutnya lebih banyak berehat daripada bekerja,” komen @Rara_walker2. –KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |