ANGGOTA bomba melakukan kerja menurunkan mangsa menggunakan pengusung dan tali penyelamat selepas mangsa sesak nafas dan pengsan ketika mendaki Gunung Lambak di Kluang hari ini.
- Oleh ADNAN IBRAHIM
- 3 Mei 2026, 8:01 pm
KLUANG – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas sesak nafas dan pengsan ketika dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Lambak tengah hari tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan Mohd Ridzuan Mohd Zait berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.28 tengah hari sebelum 11 anggota dikejarkan untuk membawa turun mangsa.
Katanya, lelaki berusia 32 tahun itu ditemui pada jarak kira-kira 2,300 meter dari kaki gunung sebelum kerja-kerja membawa turun mangsa dilakukan menggunakan pengusung dan tali penyelamat.
“Sebaik tiba di kaki gunung, pemeriksaan oleh pihak ambulans mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
2




![[VIDEO] ‘Inilah istilah jatuh, bangun sendiri’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/TULAR-LORI-NAHAS.jpeg)









































