61 tikaman: Suami, isteri warga emas dibebas jaminan polis

2 hours ago 2
Pasangan warga emas antara empat suspek yang ditahan untuk membantu siasatan kes kematian seorang gadis berusia 19 tahun di Kampung Simah, Ketereh dekat Kota Bharu kelmarin.
  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 3 Mei 2026, 9:37 pm

KOTA BHARU – Pasangan warga emas yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes seorang gadis maut dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan Kampung Simah, Ketereh, di sini kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 60 tahun itu merupakan ibu bapa kepada salah seorang suspek berusia 19 tahun yang direman tujuh hari.

“Kita menahan kedua-dua warga emas itu selepas mendapat perintah reman selama tiga hari bermula semalam. Mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sebelum dibebaskan hari ini.

“Buat masa ini, siasatan kes tersebut fokus terhadap dua remaja berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pasangan warga emas itu ditahan reman tiga hari bermula semalam manakala dua remaja lelaki berusia 19 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |