Zambry ketika sidang akhbar selepas sesi walkabout sempena Festival Idea Putrajaya di PICC Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!
- Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
- 3 November 2025, 4:20 pm
PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia sepenuhnya terutama daripada segi pemilihan dan penentuan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN telah membuat segala persiapan diperlukan bagi berdepan PRN itu.
“Saya boleh nyatakan bahawa segala persiapan sudah pun siap dan kini kita hanya menunggu masa untuk mengumumkan senarai nama calon.
“Malah, perbincangan di peringkat kepimpinan juga telah diadakan dan berjalan dengan baik. Insya-Allah, proses ini turut melibatkan kerjasama erat antara pimpinan pusat dan pimpinan BN Sabah,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di sini, hari ini.
Pada masa sama, katanya, BN Pusat sedia maklum bahawa BN Sabah mempunyai otonomi tersendiri dalam menentukan hala tuju politiknya, dan pihaknya amat menghormati perkara itu. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
4

















































