PETALING JAYA – Jenama penjagaan bayi, Drypers di bawah Kumpulan Vinda melancarkan inisiatif The Power of Parent-preneurs yang mengandingkan teknologi penambahbaikan produk yang dibuat khas untuk pelanggan di negara ini.
Acara yang telah berlangsung di sini baru-baru ini bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa menjana pendapatan dengan berkongsi produk yang sudah mereka guna dan percayai.
Dalam masa yang sama syarikat memperkenalkan lampin terkini Drypers DryPantz yang dipertingkatkan ciri-cirinya agar dapat memenuhi keperluan pelanggan.
Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling berkata, di Drypers memiliki tujuan yang besar untuk sentiasa menyokong keluarga Malaysia dengan cara yang bermakna iaitu melalui lampin yang dihasilkan untuk semua bayi Malaysia selain dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan.

“Kami melangkah setapak ke hadapan melalui inisiatif ‘The Power of Parent-preneurs’ bagi menawarkan produk yang lebih baik untuk bayi mereka, malah peluang pendapatan yang jelas dan disokong penuh melalui produk yang sudah mereka guna dan percayai.
“Ini adalah mengenai maruah, masyarakat, dan menjadikan kehidupan seharian lebih mudah untuk keluarga di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Mengulas mengenai lampin terbaharu itu, Drypers DryPantz yang dipertingkatkan direka dengan mengambil kira situasi seharian sebenar Malaysia.
Antara ciri-ciri baharunya adalah lilitan pinggang dengan gelembung lembut untuk kesesuaian yang selesa dan lembut pada kulit bayi agar tidak meninggalkan kesan kemerahan.
Profil kesesuaian yang diperbaharui untuk membantu mencegah kelonggaran dan mudah mengikut pergerakan serta dapat menjaga kulit bayi agar kekal kering sehingga 10 jam.
Ia turut memiliki ciri dwi pelindung kebocoran untuk perlindungan kebocoran di tepi lampin semasa pemakaian lebih lama. -KOSMO! ONLINE

10 hours ago
5

















































