Mangsa banjir Kampung Jimah Lama pulang ke rumah

2 hours ago 1
KEADAAN banjir yang berlaku di Kampung Jimah Lama, Siliau, Port Dickson susulan hujan lebat kelmarin. -GAMBAR/IHSAN APM
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 16 September 2025, 2:38 pm

PORT DICKSON – Kesemua 33 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Jimah Lama di sini selepas kediaman mereka terjejas banjir ekoran hujan lebat dan ribut sejak tengah malam kelmarin, dibenarkan pulang petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, mangsa dibenarkan pulang selepas keadaan semakin pulih.

“PPS ditutup pada pukul 2 petang ini selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |