‘Lepas ni saya angkat kerusi pula, saya sayang semua’

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Tidak habis-habis dikecam hanya kerana menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis persandingan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman, pelakon Anzalna Nasir terus menarik perhatian apabila menunjukkan sikap tenang serta masih mampu berseloroh mendepani situasi berkenaan.

Menerusi hantaran dalam Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, juga berterima kasih dan meluahkan rasa sayang kepada netizen baik yang menyokong mahupun membenci dirinya.

“Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okay tak apa lepas ni saya angkat kerusi pula. 

“Saya sayang semua yang ‘back up’ saya. Yang tak ‘back up’ pun saya tetap sayang juga. Sebab inilah kehidupan, ada yang suka ada yang tak suka,” tulisnya. 

Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu lagi, dia tidak akan sesekali membuka ruang kebencian kepada khalayak secara terbuka.

“Kita ‘chill’ sahaja sebab saya tak akan buka ruang untuk membenci. Kalau kita belajar suka semuanya, hidup jadi lebih tenang. Hati jadi gembira,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, pendekatan tenang Anzalna ternyata disifatkan sesuatu yang selayaknya, bukan menjatuhkan diri sendiri, sebaliknya menjadi ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi wanita lebih berkelas tinggi.

“Ini baru namanya berkelas, unbothered queen, tak payah layan Anzalna, mereka memang spesis gila, susah nak dididik,” tulis netizen.

“Semua yang ada di majlis itu, mereka benci. Tetapi Anzalna angkat apa pun cantik,” tulis pengguna media sosial yang lain.

Terdahulu segelintir netizen meluahkan kebencian mahu memboikot pembawa-pembawa dulang pada majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin yang berlangsung Ahad lalu. 

Menurut mereka, ada di antara pembawa dulang tersebut merupakan talam dua muka kerana turut bersahabat dengan bekas isteri Fattah iaitu Nur Fazura. 

Selain Anzalna, antara selebriti yang turut terpilih sebagai pembawa dulang ialah Ernie Zakri, Nabila Razali, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |