Lelaki diseret 40 meter, motosikal bertembung trak pikap

2 hours ago 2
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dan diseret sebuah trak pikap di Kilometer 7, Jalan Bera-Mayam di Bera hari ini.
  • Oleh AZIZAH SHAFIEI
  • 16 September 2025, 2:50 pm

BERA – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 7 Jalan Bera-Mayam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu mangsa yang belum dikenalpasti identiti diseret sejauh kira-kira 40 meter.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Bera menghala Felda Mayam di sini.

“Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak pikap di selekoh jalan dan mangsa serta motosikal terseret ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi trak pikap.

“Mangsa yang cedera parah di kepala dan patah tangan serta kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kedua-dua trak pikap berusia 23 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |