Cuti sudah habis, orang Pantai Timur pulang ibu negara

3 hours ago 4
Tangkap layar video CCTV keadaan trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada petang ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 16 September 2025, 5:15 pm

PETALING JAYA – Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menuju ke ibu negara, susulan pertambahan kenderaan orang ramai pulang dari kampung atau bercuti di tempat tarikan pelancong.

Menerusi hantaran rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada akaun X, trafik perlahan di Plaza Tol Gombak arah barat serta dari Bentong ke arah barat Kilometer (KM) 55.51.

Trafik juga perlahan di KM 21.6 Gombak iaitu menuju Plaza Tol Gombak ke ibu negara.

Terdahulu, orang ramai bercuti hujung minggu panjang termasuk cuti kelepasan am semalam dan sempena Hari Malaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |