Nahas maut UPSI: Terselamat kerana ditahan dalam wad

4 hours ago 2

BESUT – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terselamat daripada nahas yang meragut 15 nyawa rakannya awal pagi tadi selepas di tahan wad di Hospital Jertih di sini.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengguna Facebook dikenali sebagai Are Da Mat Nuar memaklumkan adiknya dimasukkan ke hospital kelmarin kerana demam, dipercayai akibat jangkitan Leptospirosis.

Dia berkata, sepatutnya adiknya sepatutnya turut menaiki bas tersebut namun disebabkan masalah kesihatan dihadapi dia terpaksa menangguhkan kepulangannya ke UPSI.

“Adik saya salah seorang daripada pelajar UPSI yang sepatutnya naik bas ini tetapi tengah hari kelmarin dia masuk wad di Hospital Jertih sebab demam. Doktor suspek jangkitan air kencing tikus.

“Semoga dipermudahkan urusan semua,” tulisnya dalam ruangan komen di sebuah hantaran berkaitan kemalangan berkenaan hari ini.

Tangkap layar komen tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan kejadian itu sebagai ujian dan takdir yang menyelamatkan pelajar terbabit daripada tragedi menyayat hati itu.

Terdahulu, sebuah bas persiaran yang membawa pelajar UPSI, dipercayai terbabas dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, seramai 15 pelajar disahkan maut manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Gerik.

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Besut ke Tanjung Malim, Perak. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |