
- Oleh ASLIZA MUSA
- 15 September 2025, 10:37 pm
LENGGONG – Mayat seorang bayi ditemui di pesisir Air Kala, Selat Pagar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, penemuan mayat itu dilaporkan orang awam kepada polis pada pukul 2.15 petang tadi.
“Jantina dan bangsa bayi berkenaan masih belum dapat dipastikan. Mayat bayi itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permasuri Bainun di Ipoh untuk tujuan bedah siasat.
“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE