PETALING JAYA – Siri bar JBL terbaharu bakal mengubah pengalaman menonton wayang di rumah seperti berada di pawagam kerana ia bakal menawarkan pengalaman mengasyikkan kepada para pelanggannya.
Siri baharu ini menggunakan teknologi terbaharu yang diinspirasikan oleh sejarah dan kepakaran syarikat yang sebelun ini berpengalaman luas dalam teknologi bunyi-buyian di pawagam.
Produk baharu ini memiliki teknologi MultiBeamTM3.0 Harman yang mencipta bunyi keliling daripada bar bunyi tunggal.
Ia turut digabungkan dengan Dolby Atmos, DTS:X dan pembesar suara belakang boleh tanggal yang akan membuat para peminat filem mengalami pengalaman pawagam barisan hadapan dari keselesaan rumah mereka.

Pengurus Besar dan Naib Presiden Audio Pengguna, Harman Asia Pasifik JBL, Grace Koh berkata, siri Bar JBL baharu bukan sekadar peningkatan tetapi ia adalah gambaran semula pengalaman audio rumah yang lengkap.
“Dengan mengintegrasikan inovasi akustik terkini dengan Dolby Atmos dan DTS:X dengan lancar, kami telah menghasilkan bar bunyi JBL yang paling imersif dan berprestasi terbaik setakat ini.
“Siri ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu, termasuk SmartDetails, AI Sound Boost, MultiBeam 3.0 dan PureVoice 2.0.
“Teknologi itu juga menggariskan komitmen JBL untuk memberikan prestasi audio yang unggul,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, siri JBL One Commander sebuah penyelesaian audio Dolby Atmos tanpa wayar, akan meningkatkan hiburan rumah dengan menawarkan sambungan yang lancar dan berestika tanpa menjejaskan kualiti bunyi istimewa JBL.
Selain itu, siri baharu ini juga melancarkan JBL Bar 1300MK2 yang akan mengubah mana-mana bilik menjadi pawagam peribadi yang unik.

JBL juga melancarkan JBL One Commander, penyelesaian audio Dolby Atmos tanpa wayar yang membolehkan JBL Bar 1300MK2 bersambung secara wayarles dengan kebanyakan TV dan projektor.
Ia menawarkan kemudahan persediaan tanpa kabel bagi menjadikan ruang tamu yang lebih kemas dan menarik secara visual, digabungkan dengan audio yang kaya dan berkualiti tinggi.
“Perkembangan ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat yang lebih luas untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui reka bentuk yang teliti dan inovasi teknologi.
“Dengan menghilangkan kekusutan kabel dan memudahkan proses persediaan, JBL terus memenuhi jangkaan pengguna moden yang berubah-ubah yang menginginkan prestasi dan keanggunan dalam penyelesaian audio mereka,” terang Koh.
Bagi ruang lebih kecil, siri JBL Bar 800MK2 memberikan sentuhan hebat dengan pembesar suara bunyi keliling boleh tanggal dan Dolby Atmos maya bagi memberikan bunyi yang memenuhi bilik secara imersif.
Dalam pada itu, syarikat juga menawarkan JBL Bar 500MK2 dan JBL Bar 300MK2 yang akan memberi pengalaman menarik khususnya kepada pelanggan yang tinggal di apartmen dapat menonton seolah berada di pawagam tanpa berbelanja besar.
Tambah Koh, semua model JBL Bar baharu dikuasakan oleh JBL One Platform sebuah ekosistem yang dibina untuk penstriman akses penuh. -KOSMO! ONLINE

1 hour ago
1

















































