Polis marin rampas rokok seludup bernilai RM2 juta

2 hours ago 3
ANTARA rokok yang dirampas Polis Marin Wilayah Tiga di Kuantan.
  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 7 Mac 2026, 2:42 pm

KUANTAN – Polis Marin Wilayah Tiga berjaya merampas rokok seludup bernilai kira-kira RM2 juta selepas menahan seorang lelaki di dalam sebuah kereta di Jalan Sg Soi di sini dua hari lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal berkata, berdasarkan maklumat dan risikan polis mendapati seorang lelaki yang sedang memandu kereta berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pekan-Kuantan.

“Serbuan dan pemeriksaan telah dijalankan dan didapati terdapat rokok dipercayai tidak bercukai di ruangan belakang dan tempat duduk belakang penumpang kereta dinaiki lelaki berumur 33 tahun itu.

“Hasil soal siasat, Orang Yang Disyaki telah pergi ke sebuah rumah di kawasan Pandan Perdana di sini dan hasil serbuan menemukan sejumlah rokok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya turut dirampas beberapa buah telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan sebuah kenderaan.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |