THIRD time’s the charm. Itu frasa Inggeris yang bermaksud keberuntungan buat kali ketiga.
Mungkin juga keberuntungan itu milik pelakon dan penyanyi yang mendapat julukan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira apabila dia diijabkabulkan buat kali ketiga bersama usahawan, Ezwan Zain pada tanggal 12 Disember lalu.
Biarpun suami tujuh tahun lebih muda, namun jurang itu langsung tidak kelihatan. Pada usia 51 tahun, seri dan aura pengantin Erra masih sama seperti dia pertama kali menjadi isteri 22 tahun yang lalu.
Kejelitaan si pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek itu sama sekali tidak pernah luntur dek peredaran zaman.
Kerana Allah
Menurut Erra, perkahwinan kali ketiga ini bukanlah kerana ingin mengisi kekosongan semata-mata sebaliknya dibina kerana Allah swt.
“Saya berkahwin kerana Allah, ini semua adalah aturan-Nya. Pasang niat yang baik, saya berkahwin kerana-Nya. Saya rasa kalau kita jaga niat kita, insya-Allah. Bukan niat kita nak kahwin sebab nak ada orang jaga. Itu semua belum tentu,” katanya.
Tiga majlis dianjurkan demi meraikan pasangan mempelai bermula dengan majlis akad nikah, menyambut menantu (di sebelah Ezwan) dan resepsi buat sahabat handai sebagai penutup. Ketiga-tiga majlis ini menjadi sorotan ramai dan tular dalam media sosial.
Sejak fajar menyinsing lagi, tetamu sudah memenuhi ruang acara akad nikah yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.
Dihias indah dengan tema taman cinta, majlis yang turut disiarkan secara langsung dalam talian itu mengundang sebak penonton.
Sewaktu majlis akad, Ezwan memberikan pokok emas yang mengandungi 24 keping dinar emas sebagai mas kahwin lambang cintanya terhadap suri hati.
Pereka fesyen Rizman Ruzaini pula menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru langit buat Erra tanda persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak dua dekad lalu.
“Tak perlu saya kongsikan nilai busana tersebut, apa yang lebih bernilai adalah harga persahabatan kami. Memang sejak dari dulu lagi saya memasang impian mereka busana perkahwinan buat Erra,” kata Rizman.
Selain Rizman, jenama tudung Bawal Exclusive juga menghadiahkan tudung eksklusif sempena majlis pernikahannya atas dasar persahabatan.
Pada majlis sambut menantu yang berlangsung sehari selepas majlis akad bertemakan tradisional kontemporari, Erra menghasilkan sendiri 500 ‘door gift’ buat para tetamu yang hadir.
Majlis tersebut juga menjadi tular dalam media sosial dek pasangan mempelai yang kelihat seperti raja dan permaisuri, mereka anggun menggayakan busana tradisional songket rekaan Lumiere Concept.
Resepsi gah
Pada majlis resepsi yang berlangsung pada 27 Disember, pasangan ini sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila majlis mereka dihadiri oleh barisan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nasha Aziz dan Ning Baizura.
Ada yang menyifatkan majlis resepsi yang berlangsung di hotel terkemuka itu lebih hebat dan meriah daripada acara anugerah di Malaysia kerana dihadiri oleh ramai selebriti tersohor negara.
Untuk majlis resepsi, Erra menyarung busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang menggabungkan elemen moden dan tradisional. Tetamu yang hadir pula diberikan buah tangan istimewa iaitu minyak wangi khas yang tertera ukiran EE pada kelalangnya.
Apa yang lebih mengharukan ramai, ketiga-tiga majlis perkahwinan ini dirancang oleh Ezwan sendiri demi menghargai isterinya yang tercinta.
“Majlis ini dirancang teristimewa untuk isteri saya, Erra Fazira kerana dia layak untuk diraikan dengan penuh kasih, keindahan dan ketenangan. Terima Kasih kerana memilih saya sebagai pasangan dalam kehidupan ini.
“Di hadapan semua tetamu yang hadir, saya berjanji akan menjaga amanah ini sebaiknya untuk membina rumah tangga yang dipenuhi sakinah, mawadah dan warahmah. Insya-Allah,” kata Ezwan dalam ucapannya ketika majlis resepsi.
Siapa sangka perkahwinan yang berlangsung pada akhir tahun ini digelar sebagai Wedding Of The Year. Begitulah penangan susuk wanita cekal bernama Erra Fazira.
Kini Erra tidak lagi berteman sepi kerana sudah menemui teman bicara buat menemani hingga akhir nanti. Semoga ikatan cinta terpatri disimpul rapi sehingga ke syurga.

8 hours ago
25







![[VIDEO] ‘Musim tengkujuh, sampah hanyut dari luar sampai pantai Terengganu’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-02-at-15.12.59.jpeg)











![[VIDEO] Titi gantung runtuh, rombongan pengantin lelaki jatuh sungai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-02-at-10.47.00.jpeg)





























