Kedai makan sebelah tanah runtuh diarah tutup sebulan

2 hours ago 1
LOKASI kedai makan yang berdekatan dengan hakisan tanah di Seksyen 45.9, Laluan Persekutuan 185 (ft 185: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands), Ipoh.
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 25 Disember 2025, 3:07 pm

IPOH – Sebuah kedai makan yang terjejas teruk dengan hakisan tanah di Seksyen 45.9, Laluan Persekutuan 185 (ft 185: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands) di sini diarah tutup selama sebulan untuk keselamatan pelanggan dan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan penutupan lokasi tersebut adalah di bawah bidang kuasa jabatan hutan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan.

“Kawasan tanah runtuh tersebut terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran dengan kawasan kedai makan. Untuk tindakan dan laporan awal Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan memberi notis penutupan kepada pemegang permit mulai esok sehingga siasatan lengkap dibuat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kawasan kedai makan tersebut telah diberikan kelulusan Permit Penggunaan bagi tujuan sewaan tapak kedai makan dan minum seluas 0.4 hektar mulai 16 Mei hingga 31 Disember 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |