Sekatan pelabuhan Iran: AS arah 28 kapal berpatah balik

7 hours ago 4
Sebuah kapal melalui Selat Hormuz di bahagian Oman pada 8 April lalu. - AFP
  • Oleh KOSMO
  • 22 April 2026, 10:42 am

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 28 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sejak permulaan sekatan ke atas kapal yang memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran, lapor laman berita Middle East Monitor.

Komen Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) AS itu dibuat ketika Washington mengekalkan sekatan tentera laut sejak minggu lalu, satu langkah yang disifatkan Tehran sebagai pelanggaran gencatan senjata.

Ketegangan meningkat selepas Iran berkata Jumaat lalu bahawa Selat Hormuz telah dibuka kepada lalu lintas maritim sebelum menyekatnya semula sehari kemudian.

Tehran memberi alasan bahawa AS tidak memenuhi kewajipan di bawah perjanjian gencatan senjata selama dua minggu yang tamat hari ini. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |