PETALING JAYA – Mendepani cabaran kehidupan, kerjaya dan masa depan, seringkali golongan wanita terperangkap dalam rutin harian tanpa henti sehingga menjejaskan tahap kesihatan diri.
Tanpa disedari, usaha ini telah meninggalkan kesan negatif yang mendorong kepada kenaikan berat badan ketara, emosi tidak stabil dan keletihan berpanjangan.
Apa yang sering disalah anggap adalah masalah kurang disiplin atau terlebih makan tetapi sebenarnya, mereka tidak menyedari bahawa ini berpunca daripada sesuatu yang lebih mendalam berkaitan ketidakseimbangan hormon khususnya hormon stres yang dikenali sebagai kortisol.
Bersandarkan isu tersebut, Pengarah Perubatan Klinik Dr Hannani dan She Clinic, Dr. Hannani Kamarudin kini aktif meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan wanita tentang Diet Kortisol, satu gaya hidup yang mendapat perhatian umum.

Beliau yang juga Jurulatih Kesihatan Profesional untuk Diet Kortisol di klinik itu berkata, berbeza dengan diet konvensional yang menekankan kiraan kalori, Diet Kortisol mengambil pendekatan yang lebih holistik dengan memfokuskan kepada beberapa aspek penting termasuk pemakanan yang menyokong sistem saraf, pengurusan tekanan, kualiti tidur dan rutin harian yang lebih seimbang.
“Matlamat utamanya adalah untuk menenangkan tubuh daripada tekanan berpanjangan dan mengembalikannsemula jadi yang lebih stabil.
“Apabila hormon kembali seimbang, perubahan positif mula dirasai. Ramai wanita yang mengamalkan diet ini melaporkan berat badan yang lebih mudah dikawal, tidur lebih berkualiti dan peningkatan tenaga sepanjang hari,” katanya dalam kenyataan.
Hannani menerangkan, pihaknya menawarkan pelbagai program berkaitan diet tersebut pada harga serendah RM90 mengikut bajet masing-masing, pastinya telah membantu ramai pelanggan.
Hannani menerangkan, antara impak positif daripada Diet Kortisol adalah membantu mengaturkan kitaran haid menjadi lebih teratur dan emosi juga lebih stabil.
Ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
“Apa yang menarik, perubahan ini tidak berlaku secara ekstrem atau mendadak, tetapi secara konsisten.
Salah satu kekuatan Diet Kortisol adalah pendekatannya yang praktikal dan sesuai dengan realiti kehidupan wanita. “Ia tidak menuntut perubahan drastik, sebaliknya menggalakkan penyesuaian kecil tetapi konsisten dalam rutin harian,” ujarnya.
Tambah beliau, Diet Kortisol bukan sekadar trend kesihatan, tetapi satu bentuk kesedaran baharu tentang pentingnya menjaga keseimbangan dalaman dalam dunia moden. -KOSMO!ONLINE

2 hours ago
2









![[VIDEO] ‘Moga arwah tarik tangan abang dia sekali masuk syurga sama-sama’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-21-at-10.41.13-AM.jpeg)

































