PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan agar tidak leka apabila landskap global ketika ini kekal tidak menentu dan berisiko menjejaskan rantaian bekalan makanan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun bekalan makanan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini berada pada tahap stabil, mencukupi serta boleh diperoleh pada harga yang kompetitif.
Beliau berkata, keadaan itu dicapai hasil kerjasama bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agensi kerajaan serta pemain industri dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang musim perayaan.
“Terima kasih Bang Mat ucapkan pada semua pegawai dan kakitangan yang telah bekerja keras untuk memastikan bekalan makanan cukup dan terjamin di musim cuti perayaan kali ini.
“Namun demikian, kita tidak boleh leka dan ambil mudah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata, konflik geopolitik di Asia Barat berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan global termasuk peningkatan harga minyak dan kos logistik, sekali gus mempengaruhi harga makanan.
“Dalam masa yang sama, negara turut berdepan cabaran cuaca panas dan perubahan iklim yang boleh menjejaskan produktiviti sektor pertanian serta pengeluaran makanan domestik.
“Sehubungan itu, KPKM bersama agensi berkaitan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara,” katanya.
Katanya, tumpuan akan diberikan kepada pengurusan bekalan yang lebih cekap, pengukuhan rantaian agromakanan, serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan faktor luaran terhadap pasaran dalam negara.
“Kerajaan Madani kekal komited untuk memastikan bekalan makanan negara mencukupi, stabil dan mampu diakses oleh rakyat dalam apa jua keadaan.
“Bang Mat juga ingin menyeru semua pihak, termasuk pemain industri, petani, penternak serta pengguna, untuk terus memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuh sistem makanan negara agar kekal berdaya tahan dan mampan,” katanya.
Katanya, dengan kesiapsiagaan dan kerjasama semua pihak, kerajaan akan terus dapat melindungi keterjaminan makanan negara demi kesejahteraan rakyat.- KOSMO! ONLINE

9 hours ago
7

![[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-19.36.50.jpeg)
![[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-20.36.47.jpeg)




![[VIDEO] ‘Hajat Allahyarham Zahran tercapai untuk jadi penderma organ’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-17.04.26.jpeg)

![[VIDEO] ‘Nak elak jalan besar, tapi jalan kampung pun sesak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/6acc5dc6-f45a-4ce0-a605-4b9bda292a74.jpeg)







































