Tunku Azizah pelawa Orang Asli hadapi kemelut tanah berpindah ke tanah baginda

19 hours ago 6

KUANTAN – Kemelut yang melanda masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot yang mendakwa memerlukan tanah untuk didiami selepas tanah mereka duduki dibangunkan mendapat perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda yang menzahirkan rasa simpati dan berdukacita terhadap isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli mempelawa mana-mana keluarga daripada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, berkata baginda sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku dan amat memahami kegusaran serta kesulitan yang sedang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli.

Beliau memberitahu Tunku Azizah berpendapat masyarakat Orang Asli bukan sekadar sebahagian daripada rakyat Pahang tetapi sentiasa mempunyai tempat yang amat istimewa di hati baginda.

“Menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh baginda ketika ini, peranan Orang Asli adalah mustahak di dalam kemajuan negeri sejak dahulu lagi. Justeru itu kesejahteraan dan masa depan mereka sentiasa menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh baginda.

“Demi perasaan kasih dan tanggungjawab itu, baginda dengan penuh ihsan mempelawa mana-mana keluarga daripada masyarakat Orang Kita Kampung Sungai Cot, Maran yang memerlukan penempatan untuk berpindah dan tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran.

“Baginda turut menegaskan bahawa masyarakat Orang Kita tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka. Sekiranya pada masa hadapan tanah milik baginda di Kuala Wau itu dibangunkan, baginda akan memastikan masyarakat Orang Kita yang menetap di situ akan terus mempunyai tempat tinggal dan tidak akan dipinggirkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mana-mana masyarakat Orang Asli tidak terhad di Kampung Sungai Cot sahaja, yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baharu juga adalah dipersilakan untuk tinggal di tanah milik baginda di Kuala Wau, Maran dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Katanya, baginda berharap pelawaan itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan, selain memastikan kebajikan masyarakat Orang Kita terus terbela tanpa mengira latar belakang atau keadaan.

“Pada masa yang sama, baginda menyeru semua pihak terbabit mengutamakan semangat permuafakatan, saling menghormati dan berunding dengan penuh hikmah dalam mencari jalan penyelesaian yang adil, berhemah serta memelihara kepentingan semua pihak.

“Baginda turut berharap segala usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan dapat menghasilkan penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat Orang Kita serta keharmonian negeri Pahang,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |