KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) kini memasuki fasa baharu menerusi pelaksanaan rekod perubatan digital bersepadu dan aplikasi mudah alih MyZULU Health.
Transformasi berkenaan bertujuan mempercepat serta memudahkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada anggota ATM dan keluarga.
Aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi pertahanan tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatic), membolehkan pengguna mengurus janji temu, memantau petunjuk kesihatan dan melengkapkan borang secara digital.
Pengurus Projek Kanan Mindmatics, Azman Ahmad berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store.
Menurutnya, Mindmatics turut melaksanakan Fasa 2 Centralised Medical Repository System (CENTROMERES) bagi menyediakan Sistem Maklumat Kesihatan (HIS) di lima hospital tentera seluruh negara.
Ia melibatkan Hospital Tuanku Mizan Kuala Lumpur, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Ke-94 Terendak, HAT Ke-96 Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu dan Hospital Tentera Gemas.
Katanya, CENTROMERES menjadi rangkaian kesihatan elektronik teras ATM, dengan Fasa 1 membangunkan Military Lifetime Health Record (MLHR) di 116 lokasi kesihatan.
“Fasa 2 pula mengintegrasikan HIS dengan MyZULU Health bersama Rekod Perubatan Elektronik (EMR), Computerised Physician Order Entry (CPOE), Sistem Maklumat Makmal (LIS), Sistem Maklumat Farmasi (PIS), Radiologi/PACS serta logistik rantaian bekalan perubatan secara automatik,” katanya.
Sistem berkenaan turut disokong infrastruktur SD-WAN dan diintegrasikan dengan pangkalan data nasional termasuk MyHDW/SMRP serta HRMIS Angkatan Tentera.
Azman berkata, HIS yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun itu selaras Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera 2017–2050 serta menggantikan aliran kerja berasaskan kertas kepada sistem digital menyeluruh.
Jelas Azman lagi, bagi pihak Mindmatic, kejayaan ini dicapai apabila aplikasi tersebut berjaya dibangun dan disiapkan, teruji dan menepati piawaian ketenteraan, dibangunkan oleh kepakaran tempatan sepenuhnya dan mempunyai fungsi AI tersedia.
Terdahulu, pelancaran MyZULU Health disempurnakan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman sempena Hari ATM Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, Sabtu lalu yang turut dihadiri Ketua Pengarah PKAT, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh.-KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2











![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)

























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








