ALOR GAJAH – Keluarga wanita berusia 31 tahun yang ditemukan maut bersama kenalan lelakinya dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, tengah malam tadi terkejut selepas mengetahui individu terlibat merupakan bekas kekasihnya.
Abang wanita terbabit yang enggan dikenali mendakwa, adiknya sebelum ini memaklumkan hubungan dengan lelaki berusia 33 tahun itu sudah lama berakhir.
Katanya, pasangan itu pernah menjalinkan hubungan dan hampir mendirikan rumah tangga, namun perancangan tersebut tidak kesampaian.
“Arwah beritahu mereka sudah lama berpisah. Sebab itu saya amat terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan mereka ditemui bersama dalam kereta Proton Preve.
“Saya tidak sangka perkara seperti ini berlaku kerana setahu saya mereka sudah lama tidak bersama,” katanya ketika pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, adiknya sebelum ini dibesarkan oleh nenek mereka sebelum tinggal bersama ibu saudara di Kampung Pulau, Durian Tunggal.
Katanya, dia turut diminta hadir ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk membantu proses pengecaman mayat.
Terdahulu Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Preve di Taman Inang Sari, Durian Tunggal dekat sini pada pukul 12.05 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan berhubung kejadian diterima daripada orang awam.
“Kereta tersebut diparkir di tepi jalan dalam keadaan tidak berkunci dan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur samun atau pergelutan dikesan setakat ini.
“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak, kedua-dua mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh kira-kira tiga hari sebelum ditemukan,” katanya.
Tambahnya, ibu kepada wanita terbabit juga ada membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada 17 September lalu.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
6



![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)


































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








