PETALING JAYA – Kira-kira RM330,000 dibelanjakan bagi menampung kos baik pulih sistem dan membaiki kerosakan akibat kesan kecurian 250 meter kabel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan Kuala Kubu Bharu–Batang Kali pada 24 Februari lalu.
Jika dibuat perbandingan, hasil jualan kabel dicuri itu dianggarkan sekitar RM12,500 dijual di pasaran besi buruk.
Menerusi perkongsian KTMB di media sosialnya, lebih membimbangkan, kerosakan kabel sistem persemboyanan boleh menjejaskan pengesanan tren.
“Demi keselamatan, operasi perlu diperlahankan dan dikendalikan dengan lebih berhati-hati menyebabkan kelewatan serta gangguan kepada penumpang.
“Belum lagi dikira kos pembatalan perkhidmatan, pampasan dan masa ribuan pengguna yang terjejas.
“Yang dicuri bukan sekadar kabel. Masa dan perjalanan orang ramai turut terjejas. 250 meter kabel. RM12,500 nilai curian, RM330,000 kos baik pulih,” katanya.
Maklumat dikongsikan KTMB berhubung kesan kecurian kabel.KTMB turut berkongsi maklumat yang memetik sumber Jabatan Persemboyanan dan Komunikasi berhubung kabel yang menjadi sasaran pencuri tersebut.
“Tembaga yang menjadi sasaran pencuri kerana mempunyai nilai jualan dan boleh dijual sebagai besi buruk.
“Nilainya tinggi sebab semua tu guna tembaga, logam yang sekarang boleh cecah RM50 sekilogram untuk gred A,” katanya.
Menurut KTMB, kebiasaannya kabel curi akan dibawa ke kedai besi buruk atau premis barang lusuh untuk dijual sebagai logam terpakai.
“Kedai besi buruk pun main peranan besar. Walaupun undang-undang jelas, tetapi masih ada yang sanggup beli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
17

![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)



























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








