IPOH – Sepasang warga emas termasuk seorang cucunya maut apabila kediaman mereka terlibat kebakaran di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa dikenali sebagai Raja Ahmad Raja Ali, 70; Zaitun Mohamed, 64, dan Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari talian NG 999 mengenai insiden kebakaran melibatkan sebuah rumah pada pukul 4 pagi tadi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran rumah teres dua tingkat jenis kelas A terbakar 70 peratus dan terdapat mangsa yang terlibat.
“Maklumat terkini dari ketua operasi memaklumkan seorang mangsa lelaki dewasa Melayu berumur 70 tahun telah ditemui di dalam bilik air tingkat bawah rumah dan terdapat lagi dua mangsa terperangkap di tingkat atas rumah,” katanya di sini hari ini.
Sayani berkata, seorang mangsa telah ditemui di bilik air tingkat atas dan seorang lagi mangsa ditemui di dalam bilik tidur berhampiran tingkap tingkat atas rumah.
Beliau berkata, ketua operasi membuat size up dan mengaplikasikan konsep RECEO seterusnya mengarahkan anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap.
“Mereka seterusnya membuat kerja pemadaman menggunakan satu aliran 60.9 meter dua pancutan bersumberkan air dari tangki jentera dan juga pili bomba yang berdekatan.
“Bantuan turut diterima daripada Fire Rescue Tender (FRT) Balai Polis dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan jentera water tanker sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.
Di samping itu juga, Sayani berkata, anggota terpaksa memotong pintu kunci rumah sebelah yang tiada penghuni bagi kerja-kerja pemadaman.
“Ketua operasi juga mengarahkan anggota memasang tangga di bahagian hadapan rumah bagi kerja-kerja pemadaman agar mengawal kemerebakan kebakaran tersebut,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua mangsa mempunyai pertalian keluarga dan rumah ini dihuni seramai enam orang dan empat orang sahaja yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian berlaku.
“Seorang penghuni yang selamat iaitu Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, tidur di beranda luar rumah semasa kejadian. Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya.
“Kerja-kerja menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dijalankan. Operasi tersebut terkawal pada pukul 4.45 pagi dan tamat sepenuhnya pukul 8 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
3












![[VIDEO] Gadis tangguh belajar di UTHM, kerja kilang cari rezeki](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-9.44.53-PM.jpeg)


![[VIDEO] ‘Dia nangis-nangis pula…’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-7.55.17-PM.jpeg)






















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)









