Empangan kering, puluhan kubur purba muncul

1 day ago 13
PULUHAN kubur purba muncul selepas takungan air di Empangan Gajah Mungkur kering akibat kemarau. - Lambe Turah
  • Oleh KOSMO
  • 19 September 2026, 8:30 pm

JAKARTA – Penduduk di Wonogiri, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan berpuluh-puluh kubur di sebuah takungan air yang kering akibat musim kemarau, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Empangan Gajah Mungkur, baru-baru ini. 

Menurut warga setempat, takungan yang semakin kering menyebabkan sejumlah batu nisan dan kubur mula kelihatan di sepanjang tebing. 

Seorang penduduk Desa Wuryantoro dikenali sebagai Karni berkata, kemunculan kubur-kubur purba ini berlaku sejak beberapa hari yang lalu ketika air semakin surut. 

“Tidak semua kubur dapat dilihat, hanya sebahagian sahaja kerana air masih belum surut sepenuhnya,” kata Rani. 

Mereka percaya terdapat banyak kubur yang masih berada di bawah permukaan air. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |