KOTA BHARU – Seorang bekas timbalan pengurus anak syarikat Tabung Haji (TH) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah hasil kutipan penalti daripada kontraktor sebanyak RM14,000 melibatkan projek membina dan menyiapkan projek bangunan komersial setinggi 22 tingkat milik TH kira-kira sembilan tahun lalu.
Tertuduh, Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bersubahat dengan Mohamad Hashim Mukhatap, 53, yang merupakan Pengurus Pembinaan THP Timur Sdn. Bhd. melakukan pecah amanah dengan secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta dan memasukkan wang berjumlah RM14,000 ke dalam akaun bank sendiri hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Kelpile Sdn. Bhd.
Kutipan tersebut melibatkan projek cadangan membina dan menyiapkan sebuah bangunan komersial 22 tingkat mengandungi 244 unit pangsapuri perkhidmatan, unit kediaman tingkat teratas (empat unit), kemudahan awam (aras tujuh), ruang perniagaan (dua tingkat), tempat letak kereta (lima tingkat), aras bawah tanah tambahan (satu tingkat) serta kemudahan berkaitan di atas Lot 273, Seksyen 12, di sini.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Sofea Residensi, Seksyen 12 di sini antara 15 November 2017 dan 8 Ogos 2018.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asmah Che Wan manakala tertuduh diwakili peguam, Fahmi Abd. Moin.
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam, Selangor sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 19 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2




![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)
























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








