PETALING JAYA – Seramai tiga warga Sri Lanka ditahan selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dilakukan di dua kediaman di Selayang dan Desa Petaling di ibu negara.
Katanya, operasi bersepadu itu membongkar taktik licik sindiket yang cuba memanipulasi sistem imigresen dan mencabar integriti pengurusan warga asing.
“Siasatan awal mendapati, modus operandi sindiket adalah mengubah suai dokumen tulen yang dikeluarkan JIM seperti ePASS dan pelekat palsu untuk digunakan oleh pihak lain bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Selain itu, terdapat beberapa dokumen pendaftaran perkahwinan (pasangan warganegara) dan laporan perubatan yang disediakan bagi tujuan pendaftaran permohonan melibatkan JIM dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zakaria berkata, kegiatan dipercayai dilakukan secara terancang sejak dua tahun lalu dengan penglibatan rangkaian tertentu bagi melancarkan urusan kemasukan dan keberadaan warga asing secara tidak sah di negara ini.
“Dalam serbuan ini, pasukan operasi menyita pelbagai peralatan dan dokumen yang diubah suai antaranya 11 pasport pelbagai negara, 15 keping i-kad, lima peranti digital, lima buah telefon bimbit dan sebuah mesin pencetak.
“Tiga warga Sri Lanka termasuk seorang wanita yang ditahan berusia 35 hingga 45 tahun. Satu saman dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan.
“Warga asing yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturanperaturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan
Migran 2007,” katanya. -KOSMO! ONLINE

20 hours ago
6

![[VIDEO] Pegang tangan ayah jadi ‘content’ terakhir – Khairulfahmi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/atok-online-meninggal-dunia-e1776839005505.jpeg)






![[VIDEO] Dicky tunai janji serah duit ‘gift’, tapi lain pula jadi…](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-21-at-7.56.56-PM.jpeg)







































