PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah menyerahkan bot nelayan berkuasa solar kepada komuniti nelayan pesisir pantai di Penyabong, Mersing, Johor sebagai salah satu inisiatif bank dalam memperkukuhkan komitmennya dalam segmen kelestarian.
Projek ini dilaksanakan oleh Sadaqa House, cabang kewangan sosial Bank Islam
dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta mendapat sokongan daripada Lembaga Tabung Haji.
Projek Smart Eco PV Boat di Penyabong akan memberi manfaat kepada 25 nelayan dari kawasan penempatan semula nelayan tempatan dengan nilai keseluruhan projek hampir RM150,000.
Menerusi usaha ini, setiap nelayan dijangka menjimatkan kira-kira RM150 sebulan kos diesel, sekali gus mengurangkan perbelanjaan operasi serta memperkukuh kestabilan pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja
Abdul Aziz berkata, inisiatif ini mencerminkan keyakinan Bank bahawa kelestarian perlu
diterjemahkan kepada manfaat yang boleh diukur dan dirasai oleh komuniti.
“Dengan mengintegrasikan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui ke dalam operasi harian nelayan, kami dapat mengurangkan kos, memperkukuh sumber pendapatan serta
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
“Lebih penting lagi, inisiatif ini membuktikan bahawa kewangan sosial Islam boleh digerakkan untuk menghasilkan impak praktikal, berskala dan bermaruah untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan,” katanya dalam kenyataan.
Pelancaran ini adalah susulan projek perintis Bank Islam yang diperkenalkan pada tahun
2024 di Perkampungan Sungai Muka Dua, Mersing, Johor, yang mana sistem solar fotovoltan (PV) telah dipasang pada 21 buah bot B40 dan kurang mendapat akses perbankan, dengan jumlah nilai projek melebihi RM100,000.

3 hours ago
2









![[VIDEO] ‘Moga arwah tarik tangan abang dia sekali masuk syurga sama-sama’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-21-at-10.41.13-AM.jpeg)

































