Cuaca panas tahap 1 landa empat daerah Kedah, Sabah dan Sarawak kekal normal

13 hours ago 8
Gambar hiasan.
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 23 Februari 2026, 4:56 pm

PETALING JAYA – Empat daerah di Kedah direkodkan berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas berterusan setakat pukul 4 petang tadi.

Berdasarkan status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah yang terlibat ialah Padang Terap, Pokok Sena, Baling dan Bandar Baharu.

“Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) atau Tahap 3 (Gelombang Haba Ekstrem) setakat ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, keseluruhan Sabah dan Sarawak dilaporkan berada pada paras normal dengan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |