Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wang kertas yang musnah dimakan anai-anai. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 3 Jun 2026, 9:00 pm
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila wang sebanyak 26 juta rupiah (RM5,773) yang disimpan di dalam almari rosak akibat dimakan anai-anai.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan lelaki terbabit memeriksa sejumlah wang kertas di lantai.
Namun, semua wang simpanan itu musnah dimakan anai-anai.
Dia hanya mampu berserah dan membawa kesemua cebisan wang tersebut ke bank untuk ditukar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 233,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lebih baik guna duit itu untuk beli emas,” kata seorang netizen.
“Kenapa simpan duit di dalam almari,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

4 hours ago
4













































