UTM nafi individu dalam poster tular petugas universiti

1 hour ago 3
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • Oleh BERNAMA
  • 5 September 2026, 2:58 pm

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut merupakan petugas universiti itu.

UTM dalam kenyataannya memaklumkan, individu itu bukan individu dinamakan dalam poster asal dan pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan universiti tersebut.

“UTM berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab (dalam penyebaran poster itu).

“Justeru, orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai itu dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat sahih,” katanya.

Sebelum ini, gambar individu dalam video pergaduhan mulut dengan seorang lelaki kerana didakwa memotong barisan ketika membeli makanan tular di media sosial menerusi poster mendakwa wanita itu petugas di universiti tersebut.- Bernama

Read Entire Article
Pertanian | | | |