JAKARTA – Seorang pekerja penghantaran di Bandung tidak menyangka dia membawa mayat seorang wanita yang disembunyikan bungkusan penghantaran, lapor laman berita AFI.
Pekerja bernama Tegar itu berkata, dia menerima pesanan daripada seorang lelaki dikenali sebagai SDS, 31, untuk mengangkut kotak kadbod yang dikatakan berisi besi dan pakaian kelmarin.
Tegar bagaimanapun curiga selepas mencium bau aneh dari dalam kotak yang dibawa.
Pesanan tersebut diterima Tegar sekitar pukul 10.00 pagi (waktu tempatan) dengan laluan dari kawasan Dunguscariang, Kecamatan Andir,kota Bandung menuju Kopo, Banten.
Semasa tiba di lokasi untuk mengambil barang tersebut yang diletakkan di tepi jalan, SDS meminta bantuan Tegar untuk menaikkannya ke dalam trak pikap kerana ia cukup berat.
Menurut Tegar, ketika itu dia tidak berasa curiga dan cuma membantu mengangkat kotak itu ke atas kendaraannya.
Setelah melakukan perjalanan beberapa ketika, bau dari dalam kotak menyebabkan Tegar tidak selesa.
Dia beberapa kali bertanya tentang isi kotak kepada SDS, tetapi lelaki itu berkeras menyatakan bahawa ia cuma besi dan baju.
Sikap SDS melarang Tegar membuka kotak kadbod itu membuatkan dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan.
Tegar akhirnya menghentikan kenderaan dan meminta SDS menurunkan barang tersebut.
Dia kemudian beredar dan melaporkan kejadian kepada polis. Siasatan polis seterusnya mendapati kotak kadbod itu berisi mayat wanita dikenali sebagai SM,41, dengan SD melarikan diri ke Palembang.
Suspek bagaimanapun ditangkap kurang enam jam kemudian, ketika dalam perjalanan ke Palembang. Polis masih menyiasat motif pembunuhan. – AFP

18 hours ago
9















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)































![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)