PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan dua hala menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Pelaburan Keempat Malaysia–Indonesia (JTIC) yang berlangsung di Jakarta.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, mesyuarat itu dipengerusikan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Perdagangan Republik Indonesia, Dr. Budi Santoso.
Menurut MITI, mesyuarat berkenaan menjadi platform utama bagi kedua-dua negara memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan selain menangani isu berkepentingan bersama secara konstruktif serta berorientasikan hasil.
“Kedua-dua Menteri mengalu-alukan penguatkuasaan Border Trade Agreement (BTA) 2023 pada 29 Mei 2026 dan Border Crossing Agreement (BCA) 2023 pada 17 Julai 2026.
“Langkah itu bagi menyokong kelancaran perdagangan dan pergerakan rentas sempadan antara kedua-dua negara,” katanya.
Dalam pada itu, Malaysia dan Indonesia turut bersetuju untuk meneruskan usaha menormalisasikan perdagangan antarabangsa di sempadan Tebedu–Entikong.
Pada masa sama, kedua-dua negara akan memperkukuh kerjasama dalam beberapa sektor strategik termasuk pelaburan, e-dagang, pertanian, halal serta standard.
“Kedua-dua negara komited memastikan hasil JTIC Keempat diterjemahkan melalui tindakan susulan yang berkesan dan memberi manfaat kepada komuniti perniagaan kedua-dua negara.
“Pada tahun hadapan, Malaysia pula akan menjadi tuan rumah Mesyuarat JTIC Ke-5,” katanya.
Untuk rekod, JTIC merupakan antara mekanisme penting dalam hubungan ekonomi Malaysia–Indonesia yang membolehkan kedua-dua negara membincangkan isu perdagangan dan pelaburan secara terus, selain mengenal pasti peluang baharu untuk memperluas kerjasama ekonomi serantau. – KOSMO! ONLINE

22 hours ago
8















![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)































![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)