KEBAKARAN yang marak di tapak pelupusan sampah di Rassau Jaya, di Kubu Raya, wilayah Kalimantan Barat baru-baru ini. - AFP
- Oleh KOSMO
- 4 September 2026, 11:03 am
JAKARTA – Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesan 61 titik panas di sekitar ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, dengan kebakaran hutan dan tanah memusnahkan kawasan seluas 400 hektar, lapor laman berita Indonesia News semalam.
Antara kawasan terjejas termasuk Kutai Kartanegara dan Penajam Paser Utara di wilayah Kalimantan Timur, demikian menurut Ketua Pemangku Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi BNPB, Berton SP Panjaitan.
Sebuah pasukan bersama terdiri daripada Lembaga Ibu Negara Nusantara, agensi bencana tempatan, tentera, polis dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi terjejas bagi memadamkan kebakaran.
Namun, usaha memadam kebakaran itu terhalang disebabkan akses jalan yang terhad dan jarak sumber air yang jauh dari kawasan terjejas. – AGENSI

2 hours ago
2














































![[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-08-at-6.34.46-PM.jpeg)

