Tangkap layar video tular memaparkan kelibat dua ekor harimau kumbang dipercayai ibu dan anak di kawasan Hutan Simpan Berembun di Jelebu bersempadanan Seremban.
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 5 September 2026, 5:04 pm
JELEBU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang menyiasat mengenai kesahihan video tular yang memaparkan kelibat dua ekor harimau kumbang dipercayai ibu dan anak di kawasan Hutan Simpan Berembun di sini.
Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti lokasi sebenar dan keadaan haiwan liar tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati dua ekor haiwan yang dirakam itu dipercayai ibu bersama anak dianggarkan berusia dua tahun ke bawah.
Beliau berkata, kedua-dua haiwan itu dikesan berada dalam kawasan hutan simpan dan dipercayai berkeliaran di sekitar Hutan Simpan Berembun.
Setakat ini, pihak Perhilitan tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian tersebut.-KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2



![[VIDEO] Jerebu, Indonesia terbukti negara dunia ke-3 sebenar – KJ](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-05-at-14.51.17.jpeg)











































