Tangkap layar video tular seorang individu warga Myanmar mengaku memiliki MyKad.
- Oleh HARRITH HISHAM
- 5 Jun 2026, 9:59 pm
PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis susulan dakwaan seorang individu disyaki warga Myanmar mengaku memiliki kad pengenalan negara ini (MyKad).
JPN dalam kenyataan berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi video tular yang dimuat naik di laman media sosial.
Menurutnya, tindakan itu diambil bagi mengelakkan kekeliruan, spekulasi dan kegusaran awam.
“JPN tidak boleh mengesahkan status kewarganegaraan seseorang atau menjalankan tindakan lanjut hanya berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial.
“Sehubungan itu, JPN telah memohon kerjasama polis serta agensi berkaitan untuk mengesan individu terbabit, mengenal pasti identitinya dan menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan fakta sebenar,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
80
![[VIDEO] ‘Ramai lelaki baik mahu bantu, tetapi jangan lamar saya’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Untitled-design-2026-07-23T110311.269.png)


![[VIDEO] Lima renjer diserang dari atas pikap ketika pemeriksaan di Narathiwat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Untitled-design-2026-07-23T105520.528.png)












































