‘Hanya jaga keselamatan di pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin’

6 hours ago 2
SUASANA di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin, pagi tadi. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 5 Jun 2026, 11:14 pm

ALOR GAJAH – Polis Negeri Sembilan menegaskan kehadiran pihaknya adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan pematuhan kepada undang-undang bukannya memihak kepada mana-mana pihak.

Ketua Polis negeri, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran orang ramai di pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan sebelum Ketua Polis Daerah Tampin menggerakkan pegawai dan anggota bagi melakukan kawalan keselamatan dan pemantauan di lokasi.

“Penugasan ini dilaksanakan selaras dengan fungsi dan tanggungjawab polis di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya perlakuan yang menyalahi undang-undang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Alzafny berkata, pihaknya turut menerima satu salinan perintah mahkamah berkaitan dengan perkara itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |