PETALING JAYA – Hadian wang tunai lebih RM25,000 menjadi tarikan utama pertandingan memancing Surfcasting Challenge Port Dickson 2025 yang akan berlangsung di Pengkalan Sungai Sekawang, Batu 15 pada 28 Disember ini.
Juara pertandingan akan membawa pulang RM10,000, tempat kedua pula RM3,000 dan ketiga RM1,000.
Tempat keempat hingga ke-10 akan menerima hadiah tunai RM200, tempat ke-11 hingga ke-20 RM150, dan tempat ke-21 hingga ke-100 akan menerima RM110 setiap seorang.
Lebih 500 peserta disasarakan menyertai acara ini yang bakal diadakan di Pengkalan Sungai Sekawang, Batu 15, Port Dickson, sekali gus memperkukuh kedudukan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan memancing terbaik.
Pertandingan memancing yang bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu turut menjadi medan promosi sempena mendapat sokongan Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (Visit Negeri Sembilan 2026)
Menurut Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli, pertandingan ini merupakan antara inisiatif terbaik dalam memperkenalkan destinasi tersembunyi kepada umum sebagai sebahagian daripada pelan promosi pelancongan negeri.
“Kerajaan negeri giat mengenal pasti lokasi-lokasi ‘permata tersembunyi’ seperti Batu 15 untuk diketengahkan melalui kempen Visit NS 2026 yang memberi penekanan kepada ekopelancongan, warisan dan rekreasi keluarga.
“Lokasi strategik Batu 15 yang terletak di pesisir pantai Port Dickson ini menawarkan suasana tenang, landskap semula jadi yang memukau serta perairan yang menjadi habitat pelbagai spesies ikan seperti siakap, senangin, pari, gelama, kerapu, sembilang dan duri,” katanya.
Penyertaan dibuka dengan yuran hanya RM80, membolehkan peserta menggunakan satu joran dan dua mata kail.
Pendaftaran akan dibuka Sabtu ini pukul 3 petang hingga 7 malam dan dibuka semula keesokannya pukul 8.30 pagi di lokasi pertandingan.
Sebanyak 500 helai T-shirt edisi khas akan diberikan kepada peserta terawal yang mendaftar, di samping hadiah cabutan bertuah menarik termasuk dua unit televisyen dan pelbagai barangan memancing tajaan penaja.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi nombor 013-266 7011, 012-355 4946 atau 012-2846811 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

6 hours ago
4
![[VIDEO] ‘Beginilah kami di hari akhir persekolahan…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/SK-Balr.jpeg)





![[VIDEO] Adik Medina selesai jalani pembedahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/medina.jpeg)

![[VIDEO] Treler terbalik, trafik sesak 4km di Seafield](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/lori-terbalik.jpeg)





































