PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2026/2029.
PKIBM dalam kenyataan berkata, Amir Hamzah, 58, yang merupakan penyandang jawatan Presiden sejak empat penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2025 ke-26 yang berlangsung di kampus University College of Aviation Malaysia (UniCAM), Dengkil, Selangor.
“Pada sesi pemilihan setiap tiga tahun itu juga, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Prof. Dr. Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.
“Presiden Universiti Geomatika Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus Ranaco serta Pengarah Shipping and Aviation College, Mohd Shafie Sarip masing-masing dipilih sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM.
“Turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd. Adnan Rosley sebagai Bendahari dan Ketua Pegawai Eksekutif College Felcra, Eisa bin Mohamed sebagai Penolong Bendahari.
“Pada majlis yang dihadiri lebih 59 orang perwakilan mewakili 32 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029.
“Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Widad, Norhisyam Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Teknologi A.N.S, Mohd Nasir Idris dan Naib Canselor IJN University College, Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus,” katanya.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar dan Ketua Eksekutif UniCAM, Prof. Madya Dr. Faiz Aizat Ab Manan pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.
“Dalam pada itu, turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029 ialah Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen.
“Turut dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Muhammad Ihsan Lim Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Taj International College, Tina Tajuddin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4









![[VIDEO]’Liza Hanim nak tumpang populariti saya, tak perlu melatah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/ameng-liza.jpg)







![[VIDEO] Burung, anjing ‘iring’ lelaki bawa rezeki setiap pagi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/motosikal-makanan-haiwan.jpeg)





























