RAWANG – Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red menafikan dakwaan bekas isteri, Adira Suhaimi mengenai mengemukakan syarat meminta wang berjumlah RM100,000 sekiranya mahu dia menggugurkan kes pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini hari ini.
Adnan Abu, 48, memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang syarat sebegitu dan tujuan utama memfailkan kes pengesahan lafaz rujuk hanyalah untuk mendapatkan kepastian dari sudut hukum syarak mengenai status hubungan mereka.
“Saya tak kemukakan sebarang tawaran secara rasmi dan perkara ini bukannya untuk berjual beli.
“Sebagai seorang lelaki dan suami, sekiranya rujuk ini tak sah, tidak mengapa. Jangan takut, peminat Adira dan kawan-kawan dia atau sesiapa, harap bersabar.
“Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau dan tiada pun tuntutan tersebut serta hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online selepas perbicaraan kes pengesahan lafaz rujuk hari ini.
Adnan juga memberitahu dia tidak mempunyai hasrat untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri bersama Adira.
“Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga akan jadi toksik.
“Dia (Adira) toksik. Orang selalu anggap saya belum ‘move on’ dan gila talak.
“Tak mengapa, saya bukannya hadap sangat nak kahwin dengan dia, cuma nak pengesahan saja.
“Kalau ikutkan, nak buat pengesahan di luar mahkamah, tetapi peguam tidak benarkan kerana bimbang akan dipenjarakan,” katanya lagi.
Mengulas mengenai prosiding rujuk yang difailkannya, Adnan juga terkilan kerana semakin rumit atas beberapa faktor termasuk ketidakhadiran Adira sebelum ini.
“Saya pun minta benda ini selesai segera tetapi perbicaraan sebelum ini pun Adira tak hadir dan ada pertukaran hakim — proses jadi lambat.
“Kita hanya mahu mengesahkan rujuk sahaja bukannya bicara nak ambil kuasa tuntutan anak atau hal lain,” jelasnya.
Hari ini, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.
Perkara tersebut diputuskan Hakim Nurul Hidayah Jani selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini.
Adira juga turut mendedahkan Adnan mengemukakan beberapa syarat termasuk meminta wang berjumlah RM100,000 sekiranya mahu dia membatalkan pengesahan rujuk tersebut.
Red sebelum ini memberitahu tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk bukan disebabkan masih berharap dapat kembali kepada bekas isterinya sebaliknya bagi memastikan sama ada perkara yang berlaku sah mengikut hukum atau sebaliknya selain menepis dakwaan dirinya ‘gila talak’.
Sementara, Adira pula menafikan dakwaan berlaku lafaz rujuk dengan Red yang didakwa berlaku pada Mei 2024.
Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3









![[VIDEO]’Liza Hanim nak tumpang populariti saya, tak perlu melatah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/ameng-liza.jpg)







![[VIDEO] Burung, anjing ‘iring’ lelaki bawa rezeki setiap pagi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/motosikal-makanan-haiwan.jpeg)





























