Nikmati menu minum petang Nyonya di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

1 hour ago 2

PETALING JAYA – Bersempena bulan Mei untuk meraikan Hari Ibu yang disambut pada 10 Mei, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menjemput para tetamunya untuk berkumpul dan mengimbau kembali menghayati saat makan bersama keluarga.

Melalui kerjasama hotel dengan chef terkenal iaitu Amy Beh, pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan yang diinspirasikan daripada resipi warisan dan masakan harian yang mana bahan-bahan biasanya telah diolah menjadi rasa yang membangkitkan memori, tradisi dan kebersamaan.

Lebih menarik pada hujung 9 dan 10 Mei ini, hujung minggu istimewa diserikan dengan Hari Ibu, pihak hotel menawarkan Bufet Minum Petang Nyonya, yang diadakan setiap hari Sabtu sepanjang bulan tersebut.

Melalui promosi tersebut, para tetamu dapat menikmati sajian Peranakan yang dipilih dengan teliti daripada perjalanan kulinari Chef Amy.

“Setiap hidangan mencerminkan keyakinan beliau bahawa hidangan paling bermakna selalunya yang paling ringkas, dikongsi bersama keluarga dengan menu yang disediakan dengan penuh kasih sayang.

Antara menu hidangan istimewa yang dihidangkan di hotel berkenaan adalah inspirasi daripada masakan peranakan oleh Chef Amy seperti Jiu Hu Char dengan sotong, sup perut ikan dengan makanan laut dan rempah, ayam horeng inchi kabin, udang asam Heh, laksa peranakan, bubur kacang hijau manis dan pengat Nyonya Royale.

Hidangan minum petang itu ditawarkan bermula esok setiap Sabtu sepanjang bulan Mei ini dan juga pada Hari Ibu 9 dan 10 Mei ini dengan tawaran harga daripada RM128 seorang dewasa sehingga RM138 seorang dewasa. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |