KUALA LUMPUR – MHS Gold menyasarkan sehingga satu juta pengguna aktif dan memiliki sehingga 10,000 ejen profesional selepas syarikat melancarkan aplikasi emas digital yang akan memudahkan orang ramai membeli serta melaksanakan transaksi emas.
Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin berkata, melalui pelancaran aplikasi emas digital itu, syarikat optimis untuk memperluaskan akses pelanggan dan orang ramai untuk meluaskan akses kepada pemilikan emas dalam kalangan masyarakat.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store, membolehkan pengguna membeli emas pada bila-bila masa dengan lebih mudah.
“Aplikasi ini dibangunkan dengan fokus kepada kemudahan dan pengalaman pengguna. Kami ingin memudahkan akses supaya lebih ramai orang boleh membeli dan memiliki emas dengan cara yang ringkas dan tidak membebankan.
“Dalam masa yang sama, kami mahu pengguna rasa selesa dan seronok menggunakan aplikasi ini.
“Bila proses jadi lebih mudah dan konsisten, ia membantu pengguna membina disiplin dalam mengurus simpanan mereka,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi baharu tersebut di sini baru-baru ini.
Melalui pembelian serendah RM10, pengguna boleh mula memiliki emas tanpa memerlukan modal yang besar.
Selain itu, Mohamad Hifzhan menjelaskan, MHS Gold kini menekankan kepentingan pematuhan terhadap keperluan operasi dan garis panduan yang berkaitan dalam pembangunan serta pengurusan aplikasi ini.
Jelasnya, setiap pembelian disandarkan kepada emas fizikal yang disimpan secara selamat, memberikan keyakinan bahawa setiap pegangan mempunyai sandaran terhadap aset sebenar.
“Aplikasi ini bukan sekadar platform jual beli emas, tetapi turut menawarkan pengalaman yang lebih menarik dalam membantu pengguna membina pegangan emas secara lebih teratur dan konsisten,” ujarnya.
Selain itu, emas digital yang dimiliki juga boleh ditebus kepada emas fizikal, memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk menukar pegangan digital kepada bentuk fizikal mengikut keperluan masing-masing. -KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2














![[KEMAS KINI] Lek Khang kritikal, kini sedang jalani pembedahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/KWEE-KWANG-ketika-ditemui-pemberita-di-Jabatan-Kecemasan-dan-Trauma-di-Hospital-Sultan-Ismail-Johor-Bahru-hari-ini..jpeg)
































