Malaysia Airlines sambung operasi ke Jeddah, Madinah esok

4 hours ago 5
Paparan jadual penerbangan ke rantau Asia Barat dibatalkan berikutan penutupan ruang udara susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran baru-baru ini. - Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 7 Mac 2026, 9:03 pm

PETALING JAYA – AMAL by Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan seperti biasa ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) berkuat kuasa esok, selepas tempoh singkat perkhidmatan terhad ekoran penutupan ruang udara di Asia Barat.

Dalam masa sama, perkhidmatan ke Doha (DOH) pula akan terus digantung sehingga 13 Mac, sementara syarikat penerbangan berkenaan terus menilai situasi keselamatan semasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi kenyataannya hari ini.

“Penumpang dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat perhubungan melalui fungsi ‘My Booking’ bagi mendapatkan maklumat terkini.

“Bantuan juga boleh diperoleh melalui sokongan Live Chat di laman web atau dengan menghubungi Malaysia Airlines Global Contact Centre di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia),” menurut MAG.

Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan operasi penerbangan berjalan dengan selamat, manakala keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan utama. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |