Gambar hiasan.
- Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
- 22 Jun 2026, 11:16 pm
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik perempuan kandungnya.
Suspek telah ditahan berikutan laporan dibuat adik perempuannya yang berusia 16 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini pada pukul 12.51 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa mendakwa abangnya telah melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadapnya pada pukul 9 malam, semalam.
“Dia juga mendakwa beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek sama sejak berusia 10 tahun. Suspek telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, esok bagi permohonan reman,” katanya di sini, malam ini. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
7















































