Imigresen sahkan poster yang tular di media sosial tidak mewakili jabatan itu.
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 25 Februari 2026, 10:19 pm
PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menafikan penglibatan pihaknya berhubung penyebaran poster bertajuk New: Malaysia Passport & MyKad 2026 yang kini tular di media sosial.
JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap penyebaran poster berkenaan yang turut mengaitkan laman web rasmi jabatan itu sebagai rujukan.
Menurut JIM, poster tersebut bukan dikeluarkan oleh jabatan berkenaan dan kandungan serta maklumat yang disampaikan adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih berkaitan pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar,” katanya.
Tambahnya, sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi jabatan itu. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
8














































