Robot minta sedekah, rayu bantuan bayar bil elektrik

7 hours ago 6
KEJADIAN sebuah robot humanoid meminta sedekah berlaku di Sichuan, China. - Jam Press
  • Oleh KOSMO!
  • 23 Jun 2026, 6:30 pm

BEIJING – Sebuah robot humanoid di China mencuri tumpuan apabila kelihatan ‘merana’ dan terpaksa meminta sedekah di jalanan, lapor portal berita Daily Mail.

Kejadian berlaku di sebuah sudut jalan di wilayah Sichuan, barat daya China, baru-baru ini.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, robot humanoid itu berada dalam keadaan melutut, merapatkan kedua-dua tangannya sambil menunduk hormat kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

Lebih melucukan, sebuah papan tanda LED dan alat pembesar suara yang dipasang pada robot itu memaparkan mesej mendakwa ia ‘tiada wang untuk dicaj semula’ selain merayu bantuan orang ramai untuk ‘membayar bil elektrik’.

Di hadapan robot itu diletakkan satu pinggan kecil untuk mengumpul wang syiling, selain dilengkapi dengan paparan kod QR bagi membolehkan orang awam membuat pembayaran digital secara terus. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |