Lelaki ‘drift’ di Jalan Genting Highlands ditahan, kereta disita

4 hours ago 5
TANGKAP layar sebuah kereta dipandu secara berbahaya di jalan menuju ke Genting Highlands di Bentong.
  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 7 Mac 2026, 10:34 am

BENTONG – Seorang lelaki yang tular memandu secara berbahaya dengan melakukan ‘drift’ ditahan pihak polis semalam.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat yang tular menyaksikan sebuah kereta jenis BMW 325i dipandu secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ di selekoh jalan ke arah Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek yang berumur 29 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong pada pukul 11 pagi semalam.

“Suspek telah ditahan dan kenderaan berkenaan turut disita bagi tindakan selanjutnya.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya kepada orang awam,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya ujian saringan awal air kencing terhadap suapek mendapati negatif dadah.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta tidak melakukan sebarang aksi pemanduan berbahaya yang boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |