Shahril tampil pertahan diri, sedia disiasat

2 hours ago 3

AHLI Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan mengenai salah faham selepas didakwa cuba mempengaruhi keputusan pengadil dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) melibatkan skuad Gergasi Merah pada musim ini.

Pada sesi mesyuarat meja bulat perbincangan meja bulat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan mesej Shahril yang dihantar kepada Ketua Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kassim Kadir Bacha.

Susulan itu, Shahril menafikan bahawa mesej yang dihantar kepada Kassim sebagai bentuk rasuah atau cuba mempengaruhi keputusan pengadil.

Menurut Shahril, tujuan mesej itu semata-mata untuk menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan pada minit-minit akhir perlawanan menentang Kuching City selepas pengadil tidak melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR).

“Antara dakwaan yang dibangkitkan adalah seolah-olah saya memberi tekanan serta cuba mempengaruhi keputusan pengadil melalui mesej yang dihantar kepada Kassim. Turut timbul persoalan sama ada tindakan itu boleh dianggap sebagai suatu bentuk ‘corruption’ (rasuah).

“Adakah tindakan itu satu bentuk rasuah (‘corruption’)? Jawapannya tidak. Tiada sebarang tawaran, imbuhan atau unsur yang boleh ditafsirkan sebagai rasuah dalam mesej tersebut.

“Adakah saya cuba mempengaruhi keputusan pengadil? Juga tidak. Sekiranya itu niat saya, mesej berkenaan sudah tentu dihantar sebelum perlawanan berlangsung, bukannya selepas ia berakhir,” katanya yang turut berkongsi tangkap layar mesej tersebut kepada umum.

Sementara itu, Shahril sedia untuk membersihkan namanya apabila terbuka untuk siasatan lanjut dijalankan jika terdapat sebarang unsur rasuah atau cubaan mempengaruhi keputusan  pengadil.

“Sejurus isu ini timbul, saya sendiri mengemukakan tangkap layar mesej berkenaan kepada Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan serta Setiausaha Agung FAM,  Datuk Noor Azman Rahman dan memohon agar siasatan dijalankan sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah atau cubaan mempengaruhi keputusan pengadil. 

“Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar dari pihak saya. Saya juga tidak mahu Selangor FC dan Persatuan Bola Sepak Selangor terpalit dengan isu ini, memandangkan dakwaan itu ditujukan kepada saya secara peribadi sebagai pegawai kelab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |