- Oleh TENGKU SUZANA RAJA MAMAT
- 7 Mac 2026, 10:45 am
Gara-gara tidak mahu melalui proses uji bakat, pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone menolak tawaran membintangi drama popular terbitan Hollywood, The White Lotus 4.
Menurut laporan media India, Deepika diminta untuk menghadiri satu sesi uji bakat memandangkan itu adalah prosedur asas untuk setiap pelakon yang terlibat dengan drama bersiri berkenaan.
Ini bukan kali pertama Deepika ditawarkan membintangi siri popular tersebut. Sebelum ini dia pernah mendapat tawaran menjayakan musim ketiga tetapi sedang hamil anak pertama.
Musim ketiga dibintangi ramai pelakon terkenal antaranya bintang K-pop, Lisa Blackpink. Watak yang sepatutnya menjadi milik Deepika pula diberikan kepada aktres Shalini Peiris. Biarpun tidak membintangi musim keempat, Deepika khabarnya bakal kembali ke Hollywood menerusi sekuel filem XXX di samping Vin Diesel.

4 hours ago
5
![[VIDEO] ‘Saya tak pernah merasa makan mewah macam ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-07-at-14.51.04.jpeg)
















































